Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Salah laku seksual: Ketua jabatan hospital ditamatkan perkhidmatan

Recommended Posts

51539930965_DzulkeflyAhmad.jpg
PUTRAJAYA: Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Sungai Buloh yang sebelum ini digantung tugas berhubung salah laku seksual, ditamatkan perkhidmatannya, Rabu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata surat penamatan perkhidmatan itu telah disampaikan kepada ketua jabatan berkenaan semalam.

"Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk menamatkan perkhidmatan ketua jabatan berkenaan berkuat kuasa pada 14 November 2018," katanya.

Menurutnya, keputusan itu dicapai hasil perbincangan di antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negara, diangkat untuk mendapat perkenan Agong setelah mendapat nasihat daripada pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Dr Dzulkefly mendedahkan sekurang-kurangnya 38  individu yang bekerja di hospital itu menjadi mangsa gangguan seksual.

Doktor yang berkhidmat di hospital berkenaan sejak 2009, digantung tugas selama dua bulan bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadapnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×