Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Terpulang kepada Felda untuk jual kepentingan Eagle High - Azmin

Recommended Posts

41541835451_TBAzminAli.jpg
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan campur tangan berhubung keputusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menjual 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation kepada Rajawali Group.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu perlu diselesaikan secara baik.

"Lembaga pengarah Felda telah melihat perkara ini dengan teliti dan kita (kerajaan) tidak akan campur tangan berhubung keputusan berkenaan. Saya berpendapat kita perlu memberi laluan untuk proses itu berjalan.

"Saya tidak mengetahui secara terperinci, namun langkah yang diambil adalah kita tidak perlu campur tangan mengenai keputusan lembaga pengarah," katanya kepada pemberita semasa majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia di sini, pada Selasa.

Menurut laporan berita, Felda mahu menyelesaikan janji niaga dengan Rajawali Group dari Indonesia dan menuntut semula US$500 juta.

Difahamkan bahawa pembelian pegangan itu hadir dengan "opsyen jual" untuk syarikat Malaysia itu menjual semula kepentingan ekuiti berkenaan pada harga belian US$505.4 juta, berserta caj faedah tahunan enam peratus, yang perlu ditanggung oleh penjual.

Janji niaga yang dibuat semasa pentadbiran kerajaan terdahulu telah dikritik apabila ia diumumkan, berikutan premium tinggi yang dipersetujui Felda bagi membeli kepentingan tersebut.

Selain itu, Mohamed Azmin mengulangi bahawa projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura digantung sehingga Mei 2020.

"Tiada tenaga kerja diperlukan setakat ini dan sehingga kita membincangkan lebih lanjut mengenai jajaran dan reka bentuk baharu projek tersebut," katanya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×