Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Saya tak kenal lelaki itu, saya sanggup junjung Quran' - Ibu Siti Masitah

Recommended Posts

41549876946_MISTERIKANAKKANAK.jpg
PEKAN: Ibu kanak-kanak yang ditemui mati terikat, Siti Masitah Ibrahim, 11, sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran kerana tidak mengetahui apakah dendam antara suspek dan keluarganya sehingga anak ketiganya itu menjadi korban.

Malah Solihah Abdullah terkejut dengan pengakuan suspek lelaki 23 tahun yang dianggap seperti adiknya itu kepada pegawai penyiasat bahawa dia melakukan perbuatan itu atas dasar dendam terhadap keluarganya.

Katanya, pada hari kehilangan Siti Masitah 30 Januari lalu, lelaki terbabit datang ke rumahnya seperti biasa.

Ketika ditahan penduduk kampung, lelaki itu menafikan dia menaiki motosikal dengan Siti Masitah, walaupun ada penduduk kampung melihat mereka bersama sebelum kanak-kanak itu hilang.


Solihah berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan suspek yang berpindah ke kampung lain sejak dua tahun lalu, dan terkejut melihat kelibatnya di kampung itu pada hari anaknya hilang.

Katanya lagi, sebelum berpindah, lelaki itu juga kerap ke rumahnya untuk makan dan menganggapnya sebagai adik sendiri.

"Demi Allah, saya tidak tahu. Hendak bagi saya Quran itu, dia anak saya pun. Saya berani bersumpah saya tidak pernah bergaduh dengan dia. Tiba-tiba dia bercakap macam itu.

“Sudah buat anak saya macam itu lepas itu cakap macam itu pulak. Demi Allah saya berani sumpah Quran tidak pernah gaduh dengan dia,  sikit pun tidak ada,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Bagaimanapun, Solihah berkata dia menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada pihak polis.

Pada Sabtu lalu, mayat Masitah ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang dalam keadaan tangan terikat.

Mayat yang dijumpai kira-kira tiga kilometer dari rumahnya itu dipercayai mati dibunuh dengan kejam.
Susulan itu polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×