Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Langkah pemulihan TH membuahkan hasil - Mujahid

Recommended Posts

51544535740_TabungHaji.jpg
SHAH ALAM: Langkah pemulihan serta penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) kini dilihat semakin membuahkan hasil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, satu pengumuman khas akan dibuat pada Khamis ini mengenai perkembangan terkini TH kepada umum.

"Insya-Allah akan ada pengumuman mengenai perkembangan terkini TH. Saya tidak boleh cakap sama ada ia mengenai dividen atau perkara lain.

"Kena tunggu dan saya tidak boleh cakap sekarang nanti kurang matang," katanya menjawab soalan hadirin semasa menjadi tamu program Bicara Minda Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, Mujahid mengumumkan TH diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari lepas bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.

Katanya langkah itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

Dalam perkembangan berasingan, Mujahid berkata, pelantikan wakil rakyat DAP, Sheikh Omar Ali sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bukan isu besar kerana mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.

"Apa salahnya kalau orang DAP? Tidak jadi isu orang politik dilantik menggangotai Yadim. Kalau layak kena bagi walaupun orang politik dan saya konsisten dalam hal ini.

"Saya sudah tengok latar belakang mereka yang dilantik. Ahli politik yang dilantik bukan sahaja ada kepakaran dalam bab agama Islam, tetapi juga aktif sebagai aktivis dalam NGO," katanya.

Pelantikan Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan keusahawanan, koperasi dan ekonomi kreatif Johor itu turut mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...