Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Maqasid Syariah akan jadi dasar pentadbiran negara - Mujahid

Recommended Posts

61538033373_DatukDrMujahidYus.jpg
SHAH ALAM: Konsep Maqasid Syariah akan dijadikan dasar pentadbiran negara supaya hasil pelaksanaannya dilihat lebih praktikal serta menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia sekali gus dapat membina negara tanpa kejumudan serta terdedah rasuah.

"Kita perlu tolak jumud dan maki hamun jika ada sebarang perbezaan pandangan. Penting untuk membina negara tanpa rasuah kerana dosanya sama seperti tidak solat.

"Usaha ini akan mengambil sedikit masa, kerana itu saya tekankan dasar Islam dengan penuh rahmah," katanya semasa menjadi tamu program Bicara Minda Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu katanya, mana-mana pihak yang menentang pelaksanaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah 355 (RUU355) tidak wajar digelar sebagai anti syariah.

Jelasnya, pelaksanaan hukum itu merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi serta kemakmuran negara dan bukan hudud semata-mata.

Dalam perkembangan berasingan, Mujahid menasihatkan golongan pendakwah agar menyampaikan isi kuliah agama yang benar-benar memberi kesan kepada pendengar.

"Mereka perlu meletak satu contoh pendakwah yang beradab dan berakhlak. Isi kandungan yang disampaikan itu penting, kalau kita dengar ia dapat memberi kesan.

"Mengajar agama itu bukan hanya untuk orang ketawa atau berjenaka semata-mata," katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×