Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Saya tidak sedar bila Adib hilang' - Saksi

Recommended Posts

61543320494_FRU.jpg
SHAH ALAM: Saksi ketiga inkues Muhammad Adib Mohd Kassim, Ahmad Shahrill Othman berkata, beliau tidak sedar akan kehilangan Adib dan apa yang terjadi kepadanya sebaik sahaja kenderaan dinaiki mereka diserang dan berundur akibat ditolak jentera Fire Rescue Tender (FRT).

"Saya sedar arwah dah tiada semasa kenderaan EMRS dah berpusing ketika ditolak jentera FRT, selepas itu saya terus menuju ke IPD Subang Jaya untuk selamatkan diri", katanya ketika memberi keterangan pada Selasa.

Pada masa sama, Syahrill turut menceritakan keadaan kenderaannya yang tidak berkunci sebaik sahaja ditanya peguam yang mewakili keluarga Allahyarham.

"Bagi saya kita keluar operasi nak selamatkan orang, dan saya memang tak kunci pintu kenderaan dan tak duga perkara macam itu jadi, semasa diserang saya memang tak terfikir untuk kunci pintu," katanya lagi.

Prosiding pada Selasa turut membawa masuk tiga jenis kereta mainan oleh jurubahasa mahkamah untuk digunakan saksi bagi menggambarkan situasi ketika serangan.

Terdahulu, Koroner Rofiah Mohamad bersama Pegawai Pengendali Inkues serta barisan peguam berkunjung ke Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya sekitar jam 11 pagi bagi meninjau lokasi serangan untuk mendapatkan gambaran sebenar sewaktu kejadian.

Lokasi seterusnya diteruskan menuju ke Balai Bomba Subang Jaya, bagi melihat keadaan jentera FRT dan juga kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang rosak ketika diserang kumpulan perusuh.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×