Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Prinsip maqasid syariah tidak melibatkan isu AES

Recommended Posts

81447640753_AESCamera.jpg
SHAH ALAM: Faktor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan keutamaan dalam isu penjagaan nyawa sekali gus tidak selari prinsip maqasid syariah semata-mata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia turut melibatkan pemanduan cermat serta pendidikan berhemah di atas jalan raya.

"Jangan guna isu maqasid ini untuk menyatakan segala-galanya semua itu atas nama maqasid.
Sebab maqasid itu luas perbincangannya dan banyak lagi kaedah yang boleh dipakai untuk memastikan nyawa dapat diselamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Program Bicara Minda Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd. Yunus bahawa pemasangan kamera AES menepati maqasid syariah.

Jelasnya, pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat menjelaskan kesimpulan itu dibuat berdasarkan perbualan dengan Anthony Loke sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Faiz Fadzil menyangkal kenyataan Hasanuddin yang menjelaskan, pelaksaan AES tidak menepati prinsip maqasid syariah jika pelaksanaannya menekan hidup rakyat dan meningkatkan kadar keperitan hidup rakyat.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×