Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Perang dagang, masa depan digital jadi fokus Tun Dr Mahathir

Recommended Posts

51442235022_SaifuddinAbdullah.jpg
PORT MORESBY: Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 mempamerkan Malaysia Baharu sebagai negara demokrasi matang yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Perdana Menteri akan menggariskan komitmen dan kedudukan Malaysia dalam bekerjasama dengan ekonomi lain di rantau Asia Pasifik untuk mencapai Matlamat Bogor 2020 dan selepasnya.

Dr Mahathir pada masa sama juga dijangka menekankan harapan Malaysia berhubung APEC untuk membina komuniti Asia Pasifik ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang adil melalui kerjasama perdagangan dan ekonomi.

“Tun Dr Mahathir akan terus bercakap berkenaan pentingnya perdagangan yang bebas serta adil.

“Selain itu, berkait juga dengan tema APEC, masa depan digital yang mana Tun Dr Mahathir akan menyentuh berkenaan Revolusi Industri 4.0,” katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia sempena APEC 2018 di sini pada Jumaat.

Tema APEC 2018 mengenai "Harnessing Inclusive Opportunities, Embracing the Digital Future" memfokuskan pada era digital baharu dan menggalakkan perdagangan dan pertumbuhan berasaskan digital serta inklusif di rantau APEC.

Tun Dr Mahathir yang dijangka tiba 8.20 malam ini waktu tempatan akan diiring isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Selain Saifuddin, Menteri Kebinet lain yang turut terlibat adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industry, Datuk Darell Leiking.

Menurut Saifuddin, acara kemuncak Mesyuarat AELM Ke-26 ini adalah Sesi Pemukiman Pemimpin APEC di mana Perdana Menteri akan berkongsi idea dan pandangan Malaysia serta dasar berhubung halatuju APEC.

Selain daripada menghadiri acara rasmi Mesyuarat AELM Ke-26, Perdana Menteri juga dijadual untuk menyampaikan ucapan pada Sesi Kemuncak CEO APEC bertajuk "The Future of Economic Growth ".

Beliau juga akan menyertai Pemimpin-pemimpin APEC lain untuk sesi dialog dengan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (APEC Business Advisory Council - ABAC) dan Dialog Pemimpin-pemimpin APEC dengan Pemimpin-pemimpin Negara Kepulauan Pasifik (Pacific Island Leaders).

Perdana Menteri juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Papua New Guinea, Perdana Menteri Kanada, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong serta ahli-ahli Gabungan Perniagaan Amerika Syarikat (United States-Business Coalition) untuk membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama ke arah memperkuatkan hubungan dua hala mengenai isu-isu serantau dan global.

Selain itu, beliau akan mengakhiri lawatan kerja dengan sesi pertemuan bersama masyarakat Islam Papua New Guinea di Masjid Hohola di Port Moresby, bagi mencerminkan keutamaan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan umat Islam sejagat.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×