Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Mat Sabu tegur pihak perlekeh pemimpin BN

Recommended Posts

71526167969_MatSabu.jpg
PUTRAJAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegur tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin BN dengan mendakwa mereka sedang berlakon sakit.

Mohamad berkata, tindakan seperti itu tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan bukan budaya rakyat Malaysia.

"Kita seharusnya mendoakan sesiapa sahaja yang sakit diberikan kesembuhan dengan segera dan bukannya memperlekehkan mereka," katanya.

Baru-baru ini, tular gambar beberapa pemimpin  yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah sedang dirawat di hospital.

Ianya termasuk gambar bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri dan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terlantar di katil, tersebar di media sosial.

Pada masa yang sama Menteri Pertahanan itu berkata, Amanah konsisten dalam menentang rasuah dan penyelewengan dalam BN sehingga berjaya mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menumbangkan BN.

Malah menurutnya perjuangan itu diteruskan selepas PH menubuhkan kerajaan.

"Usaha itu dapat dilihat dengan pendakwaan demi pendakwaan mahkamah terhadap bekas pemimpin kerajaan dan anggota keluarga mereka yang terlibat dengan kegiatan rasuah dan penyeleweng,"katanya.

Tambahnya, kerajaan PH menyerahkan proses undang-undang berjalan dan mahkamah untuk bertindak secara bebas dan adil dalam menghakimi pesalah-pesalah rasuah.

 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×