Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kita gagal uruskan pemilihan parti dengan sempurna - Dr Afif

Recommended Posts

71537653979_DebatAMK.jpg
SHAH ALAM : Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin, menganggap prinsip demokrasi terus dalam proses pemilihan parti itu sebagai sesuatu yang tidak sempurna, dan bukan hanya kerana kaedah e-voting semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu berkata, prinsip demokrasi terus yang diamalkan, harus dilihat dan dinilai semula sekiranya ingin diguna pakai kembali dalam proses pemilihan seterusnya.

“Kaedah itu tidak menggambarkan prinsip demokrasi yang sering kita pertahankan dalam parti ini. Kerana akhirnya jumlah keahlian parti kita akan bertambah.

“Dan kita harus sedia maklum parti ini semakin berkembang. Sekarang kita ada sekitar 850,000 ahli, dan kita telah tunjukkan bahawa kita tidak mampu untuk mengurus pemilihan ini dengan sempurna, kerana ia memerlukan sumber yang besar, dan sepanjang sembilan minggu ini, tahap kebimbangan sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Kepimpinan AMK di sini, hari ini.

Dr Afif berkata, amat penting bagi mereka melihat bagaimana ia menguruskan pemilihan bagi pihak sebilangan besar ahli akar umbi, apatah lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri nanti, keahlian mungkin bertambah melebihi 1.6 juta orang.

“Siapa sahaja yang bakal menerajui parti ini, saya rasa, perlu bagi melihat perkara ini dengan mendalam.

"Kita perlu membuat reform dalam parti sendiri bagi membolehkan ia bergerak ke hadapan, dan kekal relevan dalam arena politik Malaysia,” katanya.

Mengenai keputusan siapa bakal memenangi jawatan Ketua AMK, yang hanya akan diumumkan petang ini, Dr Afif berkata beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk keputusan rasmi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×