Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Penganggur didakwa membunuh

Recommended Posts

81542351817_CourtGavel.jpg
KUANTAN: Seorang penganggur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh membunuh seorang kerani Pejabat Tanah dan Galian Pahang, awal bulan ini.

Hasnan Wahab, 35, dari Taman Sungai Karang memberitahu Majistret Nor Azizah Aling bahawa dia memahami pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandang ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hasnan dituduh membunuh M. Shuhairi A.Wahab, 35, di sebuah rumah di Perumahan Pandan Indah di sini antara pukul 12 tengah hari dan 5.50 petang 2 Nov.

Dia ditangkap pada 3 Nov.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalalan.

Nor Azizah menetapkan 14 Dis sebagai tarikh sebutan untuk laporan forensik dan bedah siasat dan beliau tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada 3 Nov, media melaporkan mayat M. Shuhairi dijumpai dalam sebuah bilik tidur di rumah itu. Mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum biliknya dibakar.

Mayat mangsa dijumpai pasukan bomba yang tiba untuk memadamkan kebakaran, yang turut menjumpai longgokan pakaian terbakar di atas badan mayat.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan turut mendedahkan bahawa selain kesan terbakar, terdapat juga kesan kecederaan di kepala dan badan yang dipercayai disebabkan benda tumpul.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×