Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Cadang diskaun 20 peratus tol jambatan kedua kepada penduduk P.Pinang

Recommended Posts

41444881617_JambatanKeduaPulau.jpg
GEORGE TOWN: Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar diskaun sebanyak 20 peratus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang di tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun, Goh Choon Aik berkata diskaun itu harus diberikan kepada penduduk Pulau Pinang sepertimana yang dinikmati penduduk negeri itu di Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama).

"Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan diskaun ini sepertimana di Jambatan Pulau Pinang, penduduk negeri ini menikmati diskaun 20 peratus dari RM7 kepada RM5.60 sahaja untuk bayaran tol," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari ketika menjawab persoalan itu berkata ia satu cadangan yang baik namun kuasa untuk melaksanakannya bukan di bawah Kerajaan Negeri.

"Perbincangan lanjut perlu dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi. Kerajaan Negeri boleh mencadangkan perkara ini, tetapi bukannya membuat keputusan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×