Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Ngeri... saya digigit, dihempas'

Recommended Posts

41542348180_TBGIGITKUDAx.jpg
IPOH: Memori indah ketika bercuti ke Thailand baru-baru ini bertukar mimpi ngeri buat Nuraini Ruslan apabila dirinya diserang dan digigit kuda tunggangannya di Pantai Samila, Songkhla.

Nuraini, 29 tahun berkata ketika kejadian dirinya sedang menunggang kuda dengan diiringi penjaga kuda di pantai berkenaan.

Bagaimanapun kuda yang ditungganginya itu secara tiba-tiba 'mengamuk' sehingga menyebabkannya jatuh dan turut digigit oleh kuda berkenaan di bahagian pinggangnya.

"Hari tu hari ketiga saya bercuti, saya ke pantai Songkhla dan cuba menaiki kuda.

"Tetapi tiba-tiba saja, tengah saya naik kuda tu saya dengar orang menjerit tapi tak tahu apa dia.

"Rupanya saya di gigit kuda. Ya, ALLAH, ngeri! Ia gigit tak lepas, gigit dan hempas saya," katanya pada sidang media hari ini.

Dia kemudiannya terpaksa mendapatkan rawatan di  Hospital Songkhla dan menjalani rawatan seterusnya di Hospital Pantai, Ipoh, selama seminggu.

Nuraini, Guru SK Sentul 1 itu turut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong berhubung insiden berkenaan.

Akui trauma dengan kejadian itu, Nuraini berharap agar kejadian itu tidak berulang lagi kepada orang lain.

"Saya nak kongsikan pengalaman supaya orang bersedia dengan insurans dan berhati-hatilah walau di mana sahaja, terutamanya ketika bercuti di luar negara.

"Pasport memang kena bawa tiap-tiap hari, untuk mudahkan urusan kita," katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×