Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kemenangan Mohamad Hasan di DUN Rantau dibatalkan - Mahkamah Khas Pilihan Raya

Recommended Posts

81527923158_MohamadHasan.jpg
SEREMBAN: Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan kemenangan calon Barisan Nasional, Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN Rantau adalah tidak sah dan terbatal.

Susulan itu Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan satu PRK DUN Rantau diadakan dengan serta merta.

Pada PRU14, 9 Mei lalu, Datuk Seri Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyennya, beliau menamakan Datuk Seri Mohamad sebagai responden pertama; pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus sebagai reponden kedua; dan SPR responden ketiga.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×