Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Mustapa Mohamed masuk hospital, jalani pembedahan

Recommended Posts

51540955800_MUSTAPAMOHAMED.jpg
JELI: Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu Khasnya, Zahari Kecik.

Beliau berkata pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas Mustapa mengadu sakit perut dan disahkan terdapat batu karang dalam badannya.

"Dalam tempoh seminggu ini bermungkinan semua program ditunda bagi memberikan ruang untuk Tok Pa (Mustapa) berehat.

"Sepatutnya hari ini Tok Pa menghadiri majlis solat sunat hajat semperna pembukaan pusat khidmat Ahli Parlimen Jeli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jeli," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Bersatu bahagian Jeli Dr Aminuddin Yaacob.

Beliau berkata rawatan pembedahan itu dilakukan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

"Kami turut melakukan solat sunat hajat bagi memohon urusan pembedahan Tok Pa dipermudahkan," katanya.

Mustapa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas dalam Parlimen Jeli, sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila keluar daripada UMNO dan tidak lama selepas itu mengumumkan menyertai Bersatu.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×