Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Banjir Perak: Penduduk tiga kampung dipindahkan

Recommended Posts

KAMPAR: Seramai 38 penduduk tiga buah kampung di Perak terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat petang semalam.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Simpang Halt di Taiping dan Kampung Baru Kuala Dipang serta Kampung Chabang Dua Kuala Dipang di Kampar.

Menurut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, 20 mangsa dari tujuh keluarga di Kampung Simpang Halt dipindahkan ke dewan orang ramai kampung itu yang dibuka jam 6.30 petang semalam.

Di Kampar pula, 18 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kuala Dipang yang dibuka jam 9 malam tadi.

Foto Astro AWANI/Razak Ali
Menurut laporan itu lagi, hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Kinta, Kuala Kangsar dan Selama mengalami banjir kilat.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka dan pemantauan masih dilakukan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×