Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Gadis 14 tahun dibelasah hingga mandul oleh rakan sekolah

Recommended Posts

81542329762_GadisDibelasah.jpg
STAVROPOL KRAI : Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Stavropol Krai, Rusia, berkemungkinan menjadi mandul selepas dibelasah teruk sekumpulan rakan sekolah yang tidak senang dengan tindakan mangsa menegur kelakuan mereka di sekolah.

Media tempatan melaporkan sebelum kejadian, mangsa bernama Liza berjalan bersama seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Dima apabila dia diserang lima pelajar perempuan berusia antara 13 dan 14 tahun.

Mangsa dibelasah selama tiga jam dalam kejadian di bandar Mineralnye Vody, dan lebih teruk lagi kejadian itu dirakam salah seorang penyerang.

Dalam rakaman berkenaan, Liza diserang pelajar perempuan dikenali sebagai Veronika Astapova, 14, yang menumbuk kepala, menghempasnya ke atas jalan serta menyepak belakang badan dan kepala mangsa.

Seorang lagi pelajar berusia 13 tahun, melompat dan memijak bahagian belakang kepala mangsa.

Di akhir rakaman, Liza kelihatan melutut dan dipaksa meminta maaf sebelum dilepaskan oleh kumpulan pembuli tersebut.

Mangsa kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami gegaran otak dan kecederaan parah organ dalaman terutama sistem pernafasan dan peranakan.

Pihak polis telah mengenal pasti kesemua suspek dan siasatan sedang berjalan. - Dailymail

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×