Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kemunculan semula Dr Mahathir di pentas ASEAN kekal mengagumkan

Recommended Posts

51542281076_TunDrMahathir.jpg
SINGAPURA: Pada usia emas, kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad tetap menjadi tumpuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak berkaitan, yang berakhir Khamis di Singapura.

Perhimpunan itu diwarnai dengan gesaan kepada kerjasama pelbagai hala berikutan peningkatan ketegangan perdagangan, fahaman perlindungan yang meningkat dan tindakan terhadap urus niaga perdagangan yang tidak adil. Semua perkara ini disuarakan dengan lantang dan jelas pada acara itu.

Namun, Perdana Menteri Malaysia itu sebagai seorang negarawan dan ahli politik yang hebat terus mencuri tumpuan pada acara tersebut.

Kemunculan semula Dr Mahathir di pentas ASEAN menyerlahkan kelantangannya dengan menegur ekonomi kuasa besar yang cenderung mementingkan diri dan jelas menunjukkan keprihatinan beliau kepada ekonomi membangun mendapat urus niaga yang adil.

Sebagai ahli politik yang tegas dan sememangnya disedari oleh semua negara ASEAN, beliau mengingatkan walaupun perluasan perdagangan penting bagi perkumpulan itu, ekonomi yang lebih kecil tidak patut dipaksa untuk memeterai urus niaga yang berat sebelah atau dominan.

Pada usia 93 tahun, beliau bukan sahaja negarawan tertua di ASEAN, tetapi juga di dunia.

Mungkin kurang disenangi oleh sesetengah kuasa besar, beliau menyatakan dengan amat jelas mengenai pendirian Malaysia – mana-mana urus niaga perdagangan perlu adil bagi negara-negara membangun atau tidak akan menjalin sebarang urus niaga.

Merujuk kepada pakatan perdagangan terbesar di dunia, rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijangka selesai pada akhir tahun depan, Perdana Menteri berkata sama ada kuasa besar atau ekonomi utama dalam ASEAN, urus niaga perdagangan perlu saling memberi manfaat.

BACA: Tiada RCEP jika tidak adil - Tun Mahathir

Ini bermakna tiada paksaan atau ekonomi lebih kecil mengikut telunjuk negara kuasa besar dan terlibat dalam naratif populis hanya untuk memuaskan hati ekonomi kuasa besar.

Tanpa disangkal lagi, rantau ini setakat ini telah mengalami kemajuan pesat sekaligus melangkaui objektif politik asalnya apabila blok 10 anggota yang ditubuhkan pada 1967 itu melalui perubahan besar kepada sebuah entiti ekonomi.

Bagaimanapun banyak lagi yang perlu dilaksanakan secara lebih pantas oleh ASEAN berbanding sebelum ini, namun kali ini bukan hanya dari segi dasar, peraturan dan undang-undang, malah kerjasama erat dengan sektor swasta dalam pemudahan perniagaan.

Semua ini, perlu dilakukan tanpa mengkompromikan hak kedaulatan atau agenda negara.

Berdasarkan 630 juta penduduk dan jumlah itu semakin bertambah, ASEAN adalah 'besar' serta potensinya juga amat luas.

Wujud kekuatan dalaman yang boleh dimanfaatkan namun blok itu gagal mengenal pastinya secara sedar atau tidak sedar.

Pertama, perdagangan dalaman rantau ini tidak berubah pada 25 peratus kepada lebih 30 peratus, yang jauh lebih rendah daripada yang dicapai oleh perkumpulan ekonomi lain seperti Kesatuan Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

"Mencapai lebih 30 peratus perdagangan dalaman di ASEAN dilihat sebagai sasaran yang bercita-cita tinggi tetapi semua negara ASEAN masih perlu mengejarnya dan merealisasikannya," katanya.

Beliau menjelaskan peningkatan perdagangan dalaman ASEAN bukan bermaksud blok ekonomi itu tidak berminat dengan pihak lain sebaliknya mahu membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana, di samping meneroka kemungkinan baharu.

Mengenai isu umat Islam Rohingya, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang amat berterus-terang.

Beliau membidas Aung San Suu Kyi dengan mengatakan pemimpin Myanmar itu cuba "mempertahankan yang tidak dapat dipertahankan" dalam mewajarkan keganasan dilakukan pasukan keselamatan negara itu terhadap penduduk Islam Rohingya malang di Rakhine.

BACA: Rakan Myanmar dalam ASEAN kritik isu Rohingya secara tidak langsung - Tun M

Katanya, beliau kecewa dengan cara isu itu diuruskan, "kerana seseorang yang pernah ditahan sebelum ini sudah tentu tahu betapa deritanya."

Isu berkaitan ketegangan perdagangan, fahaman perlindungan dan Laut China Selatan turut dibangkitkan dan dikupas dengan ASEAN sekali lagi diingatkan akan perlunya kekal bersatu dan mematuhi prinsip asas  "makmurkan jiran anda."


Oleh kerana itu, satu-satunya cara untuk membolehkan ia terus relevan dan mendepani cabaran di masa depan yang dicetuskan oleh trend mega seperti Revolusi Industri Keempat dan kemunculan revolusi Teknologi Digital dan Kewangan (FinTech).

"Masa depan ASEAN adalah cerah. Pada masa yang sama, ASEAN perlu menangani cabaran-cabaran baharu. Selain daripada landskap baharu yang strategik, satu lagi perubahan besar adalah teknologi digital," kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Untuk itu, malah Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF) Christine Lagarde yang turut hadir pada sidang kemuncak itu sebagai tetamu, mengumumkan sepatutnya Bank Pusat di seluruh dunia menimbangkan mengeluarkan mata wang digital.

BACA: Kerajaan kaji idea mata wang kripto - Tun M

"Ini bukan sains fiksyen. Beberapa bank pusat seluruh dunia sedang menimbangkan idea ini dengan serius, termasuk Kanada, China, Sweden, dan Uruguay. Mereka mengutamakan perubahan dan pemikiran baharu – begitu juga IMF," katanya.

BACA: IMF 'minat' usaha kerajaan pulihkan negara - Tun Mahathir

BACA: Ketua IMF akan bertemu Mahathir

Ini bermakna kerjasama pelbagai hala pada masa ini adalah jauh lebih penting daripada sebelum ini dan ASEAN perlu bergerak seiring dengan ungkapan "Perubahan sentiasa berlaku."

Perdana Menteri Lee dalam ucapan pada penutupan sidang kemuncak itu secara spontan berkata, "Kita tidak akan dan tidak pernah selesai, kita perlu terus usahakan bagi integrasi ekonomi dicapai."

Singapura, katanya, yakin bahawa Thailand, selaku pengerusi ASEAN 2019, akan mampu membawa ASEAN ke tahap lebih tinggi.

"Jadi, sekarang, saya serahkan kepada Thailand." -- Bernama

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×