Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Reformasi sudah jadi agenda pembangunan negara - Azmin

Recommended Posts

51539294256_AzminAli.jpg
SHAH ALAM: Reformasi kini sudah menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara dan bukan hanya slogan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, Malaysia Baharu sudah mengambil langkah tegas dalam melaksanakan reformasi institusi yang diperjuangkan mereka selama ini.

Jelasnya, setiap ahli kini harus melakukan perubahan minda agar menjadi positif dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

"Filasuf Karl Popper menegaskan: 'All life is problem solving'. Maka, kita jangan membuang masa untuk berleter tentang  masalah.

"Peradaban manusia hanya akan maju dengan menyelesaikan masalah. Begitu juga dengan dengan KEADILAN dan Pakatan Harapan.

"Kita akan maju dan saya yakin kita akan terus maju dengan menyelesaikan masalah rakyat dan negara, yang  hari ini menuntut kita untuk bekerja dengan lebih kuat sebagai satu pasukan demi rakyat dan negara," katanya semasa berucap ketika merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan AMK ke-13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Khamis.

TONTON: AI: Kongres Nasional PKR medan penyatuan semula ahli pasca pemilihan - Anwar

TONTON: Pilihan AWANI 15 Nov: Kongres Nasional PKR dan peranan DS Anwar satukan parti

Turut hadir, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin; Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad; dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shari.

Kongres Nasional PKR pada Sabtu dan Ahad ini juga bakal menobatkan barisan pimpinan baharu parti itu bagi sesi 2018-2021.

Sementara itu tegas Azmin, isu perpaduan dalaman seharusnya ditekankan dalam memastikan kekuatan pasti selepas pemilihan berakhir.

Jelasnya, ia sekali gus menjadi benteng parti yang utuh kepada sebarang ancaman yang datang dari luar.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×