Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kabinet baru 6 bulan, saya belum pertimbangkan rombakan - Tun M

Recommended Posts

51540872969_MahathirBinMohamad.jpg
SINGAPURA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya tentang kemungkinan Kabinet dirombak berikutan PKR, satu daripada parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan jawatan dalam parti.

"Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan," katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini pada Khamis.

Ditanya 'siapa' yang mereka maksudkan itu, Dr Mahathir berkata: "Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau Amanah."

"Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan," katanya.

Oleh sebab timbul kebimbangan tentang prestasi sesetengah menteri, Dr Mahathir berkata mereka akan diberi peluang.

"Mereka masih baharu dan kami perlu berbincang dengan mereka. Saya mesti akui bahawa mereka tidak biasa berada dalam kerajaan. Mereka lebih biasa dengan keadaan sebagai pembangkang. Jadi, ada antara perkara yang mereka lakukan mencerminkan kedudukan mereka sebagai pembangkang."

Ditanya selama mana beliau bersedia memberi mereka masa, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak pasti." -- Bernama

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×