Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
Sharp Shooter

Membulu Kerlieng Aceh

Recommended Posts

01-2.jpg Penulis dengan ikan kerlieng, gelaran kelah di Aceh, Indonesia yang berjaya dipancing setelah menghrungi berbagai cabaran.

Perkenalkan nama saya habibi/bibie saya asli berdarah Aceh hujung Sumatera lndonesia. Memancing adalah hobi saya sejak kecil. Saya lebih suka berpetualang ke daerah pergunungan. Bahkan sekali-kali main di lautan. Tetapi saya lebih sering main di air tawar terutamanya di sungai daerah pedalaman hutan belantara kerana suasana di sana lebih tenang dan pemandangan pun sangat indah. Target utama saya adalah ikan kelah yang dipanggil ikan kerlieng di daerah saya.

02-1.jpg Begitulah rupanya gewang bulu ayam buatan sendiri yang menjadi gewang killer kepada spesies kelah yang jarang-jarang membaham gewang. 03-2.jpg Kerlieng yang dinaikkan dari bahagian sungai yang agak lapang.

TEKS & FOTOGRAFI: BIBIE FISHERHOLIC

Pada saat musim kemarau tiba, saya paling suka memancing spesies arus deras ini. Untuk mendapatkan tarikan spesies ini rata-rata para pemancing menggunakan umpan buah sawit, ubi, jambu pinggir sungai, kecoa(lipas), ulat kayu, cacing dan berbagai umpan lainnya.

Tetapi bagi saya untuk mendapatkan species ini saya lebih suka guna teknik casting.

04-2.jpg Keindahan sungai pedalaman menjadi tarikan utama kepada pemancing biarpun perjalanan ke sana amat menyiksakan.

Umpan casting yang saya pakai saya buat sendiri. Saya pakai umpan bulu ayam. Umpan bulu ayam sudah lama terkenal di daerah saya. Sejak dulu-dulu lagi penduduk di sini sudah pandai menggunakan umpan bulu ayam untuk memancing ikan.

Gewang handmade ini saya buat dengan 7 helai bulu ayam dipotong dengan kepanjangan 5cm kemudian saya sediakan pemberat atau timah 15-25gram. Timah 15gr sesuai digunakan di perairan yang agak tenang dan timah 25gr pula sesuai untuk air agak deras.

Bulu ayam kemudian dipasang di atas timah menggunakan pepelakt cap kambing. Pelekat ditaburkan di sekeliling timah kemudian saya tempelkan bulu ayam di sekeliling timah dan biarkan ia kering buat seketika. Selepas itu tabur lapisan pelekat kedua. Kemudian ambil tissu dibakar buat ambil debu tissu bakar untuk ditabur di sekeliling timah yang sudah ditempel bulu ayam supaya cepat kering. Tunggu sekejap biar kering barulah dipasang mata kail.

05-1.jpg Gewang unik yang dibuat daripada bulu ayam, timah dan pelekat. Cuba teka apakah tarikannya kepada ikan-ikan sungai?

Mata yang saya pakai ialah Daichi DH54 No.06. Dua bilah mata kail digabungkan dengan tali PE 5. Panjang tali PE kira-kira ukuran bergantungan di hujung bulu ayam. Cara pasang gewang bulu ayam tinggal masukkan perambut ke lubang timah kemudian diikat di tengah-tengah tali PE yang sudah diikat mata. Pastikan mata bergantungan di hujung bulu.

Cara persembahan gewang bulu ayam lebih kurang sama dengan gewang biasa. Lempar ke lokasi berpotensi dan biarkan tenggelam seketika sebelum mengarau dengan perlahan-lahan sambil sentak joran.

Tehnik ini sering berjaya mendapatkan ikan kerling. Dan saya juga pernah mendapatkan ikan sebarau dengan gewang ajaib ini. Luar biasa kan? Ikan kerlieng/kelah mulai dari size kecil sehingga size besar masing-masing terperdaya dengan umpan tiruan yang tidak menyerupai sebarang makanan semulajadinya di sungai, pelik kan?

Ada juga orang yang mengatakan gewang ini menyerupai udang. Apa pula pendapat anda?

06-1.jpg Kerlieng Aceh tidak begitu merah warnanya mungkin disebabkan keadaan sekelling dan warna air sungainya.
07-1.jpg Badan yang gemuk menandakan makanan mencukupi. 08-1.jpg Sebarau juga menaruh minat kepada umpan bulu ayam termasuk spesimen bagak.

Apa yang lebih menarik ialah, adakah ikan kelah di Malaysia juga berminat dengan umpan bulu ayam seperti ini?

09-1.jpg Banyak spesies ikan telah berjaya dinaikkan dengan bulu ayam.

Selamat mencuba dan salam dari Aceh!

10-1.jpg Banyak spesies ikan telah berjaya dinaikkan dengan bulu ayam. 11.jpg Bulu ayam ini juga sesuai untuk membuat gewang kerlieng. 12.jpg Corak dan warna bulu ini paling laku. 13.jpg Serigala sungai bersaiz mega sering ditemui oleh pemancing yang bertuah. 14.jpg Ikan di persisiran pantai juga kecundang dengan bulu ayam, pelik kan?

Lihat selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...