Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

BTS sudah mula membuatkan Kota Singa 'mengaum'!

Recommended Posts

51547868290_BTS.jpg
Kumpulan BTS hanya akan memulakan persembahan konsert Love Yourself pada pukul 7 malam ini tetapi peminat mereka di Kota Singa sudah mula ‘merengek’ sejak semalam lagi.

Mana tidaknya, sejak petang Jumaat, ratusan peminat BTS sudah mula berkumpul di luar Stadium Nasional Singapura.

Menurut laporan Channel News Asia, kebanyakan mereka beratur untuk membeli cenderamata BTS walaupun kedai cenderamata hanya dibuka pada jam 9 pagi Sabtu.


Suasana diumpama seperti mini konsert apabila peminat tidak keruan mendengar lagu-lagu BTS dimainkan dari dalam stadium. Kebanyakan mereka percaya kumpulan kesayangan mereka sedang mengadakan latihan sebelum konsert sebenar malam ini.
Kehadiran BTS di Singapura juga bagaikan himpunan peminat dari seluruh Asia Tenggara. Selain kebanyakannya tiba dari Malaysia dan Indonesia, ARMY dari Myanmar dan Vietnam turut terbang ke Singapura.

Ini merupakan konsert pertama BTS yang dilakukan dalam skala yang besar di Singapura. Kumpulan ini pernah mengadakan konsert jelajah The Red Bullet yang diadakan di The Star Theatre yang mempunyai kapasiti penonton yang terhad.

Sekiranya ARMY di Asia Tenggara terlepas menonton konsert malam ini di Singapura, mereka terpaksa menunggu sehingga April depan untuk BTS beraksi untuk dua malam dalam konsert di Stadium Rajamangala, Bangkok.

 

BACA : Konsert Love Yourself: Demi BTS, peminat sanggup belanja RM2,000 sehari
BACA : Harga tiket RM28,000 sekeping untuk tonton BTS di Singapura

Walaupun sudah diberikan harapan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa BTS ke Malaysia, namun sehingga kini ARMY di Malaysia masih belum mendapat apa-apa kepastian.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...