Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Sistem pilihan raya bukti Malaysia negara demokratik - Tun M

Recommended Posts

51547860782_TUNM.jpg
LONDON: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin Asean pertama yang dijemput untuk berucap di majlis perhimpunan Kesatuan Oxford.

Memilih topik mengenai demokrasi sebagai tema utama ucapannya, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan memberi latar belakang mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negara ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ia sedikit sebanyak menidakkan tuduhan beberapa pihak yang mengatakan Malaysia kurang demokratik.

Namun begitu, beliau tidak menafikan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merupakan peninggalan penjajah, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima masyarakat hari ini.

"Sistem pilihan raya membuktikan Malaysia sebuah negara yang demokratik.

"Mungkin ramai yang mempertikaikan perkara ini, tetapi saya ingin  menegaskan, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan telah melalui 14 PRU, pilihan raya kali ini yang paling kurang aduan diterima berbanding yang terdahulu," katanya.

Tambahnya, Malaysia telah membuktikan demokrasinya dengan memilih pemimpin sendiri melalui proses pilihan raya.

"Mungkin ada beberapa perkara yang tidak mencapai piawaian demokrasi, contohnya undang-undang ISA.

"Ia tentang keselamatan negara dan ia beri kuasa kepada kerajaan dan perdana menteri hak untuk menahan pesalah tanpa perbicaraan.

"Itu adalah perkara yang tidak disukai pada masa ini sebab ia dilihat sebagai sangat tidak demokratik," katanya.

Begitu pun, kata Dr Mahathir, dalam negara yang demoratik, pemimpin dari kerajaan terdahulu tetap boleh menyalah guna kuasa dan memerintah negara seperti seorang diktator.


Beliau bagaimanapun mengaku beliau sendiri pernah dilabel sebagai diktator, tetapi, katanya, seorang diktator tidak mungkin dengan sukarela meletak jawatan dan membenarkan orang lain menggantikannya.

"Saya juga pernah dituduh sebagai perdana menteri yang diktator. Sudah tentu, ramai juga yang percaya dengan perkara itu, bagaimana dia hendak memerintah kecuali dengan menjadi seorang diktator?

"Saya cuma ingin ingatkan, dalam sejarah negara-negara, tiada seorang pun pemimpin diktator yang melepaskan jawatan semasa masih berkuasa dan membenarkan orang lain mengambil alih tempatnya.

"Seorang diktator biasanya tidak akan meletak jawatan atau bersara."

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...