Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Israel hipokrit terbesar, cuba gambarkan diri sebagai mangsa - Syed Saddiq

Recommended Posts

81547823882_SyedSaddiq.jpg
Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membidas kenyataan Israel yang mengecam tindakan Malaysia menyekat kedatangan atletnya sambil menyifatkan rejim itu sebagai hipokrit terbesar.

Katanya, cubaan Israel untuk menggambarkan seolah-olah dirinya menjadi mangsa adalah amat keji dan hina.

"Kenyataan Israel memaparkan sendiri sikap hipokrit mereka apabila menyatakan Malaysia mempolitikkan sukan, sedangkan mereka sendiri melakukan perbuatan sama apabila menyekat pasukan bola sepak Gaza untuk memasuki tebing barat ketika perlawanan akhir piala dunia Palestin, bukankan itu politik terhadap sukan?" katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Saddiq, Israel juga lupa bagaimana negara itu melantik diri sendiri sebagai 'penjaga' Palestin dengan memutuskan siapa yang boleh dan siapa yang tidak boleh bertanding meskipun bertanding di bumi Palestin sendiri.

"Adakah Israel lupa bagaimana mereka sendiri meletakkan tekanan terhadap Persatuan Bola Jaring Amerika Syarikat NBA dengan memaksa untuk mengecualikan Palestin dari senarai perlawanan ketika 2018?

"Lebih menyedihkan NBA terpaksa akur terhadap arahan Menteri Sukan Isreal ketika itu yang jelas tidak adil, tidakkah itu perbuatan politik terhadap sukan?" soalnya lagi.

Katanya, perkara ini juga jelas menunjukkan siapa pihak sebenar yang mengamalkan politk sukan, dan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata beliau tegas dan tetap dengan pendiriannya.

"Malaysia tidak sepatutnya berkompromi dengan negara rejim seperti itu. Saudara kita di Palestin dibunuh, bermandi darah, dipenjarakan tanpa sebarang kesalahan serta yang pasti diperlakukan dengan pelbagai perbualan zalim oleh regim zionis itu," katanya.

Selain itu, Syed Saddiq turut mempersoalkan di manakah sebenarnya keadilan serta sikap peri kemanusiaan yang ditonjolkan pihak Israel.

"Di manakah keadilan buat Mohammad Tamim yang retak di bahagian kepala akibat terkena peluru getah rejim zionis dan mendakwa individu itu cedera akibat terjatuh dari basikal?"

"Di manakah kemanusiaan bila 100 orang warga palestin dibunuh, serta ribuan yang lain cedera meskipun berhimpun secara aman memperjuangkan hak mereka saat kediaman mereka diceroboh, dirampas?" katanya.

Tegasnya, Malaysia sebagai sebuah negara aman damai yang akan terus menentang tindakan kekerasan serta jenayah perang dan mempunyai hak untuk menyekat kemasukan rejim zionis ke tanah air tercinta ini.

"Saya sentiasa akan bersama saudara kita di Palestin dan tidak akan sesekali memihak kepada Isarel hipokrit," tambahnya.

BACA: Malaysia tetap pendirian tidak terima penyertaan atlet Israel - Syed Saddiq

Pada Isnin lepas, Syed Saddiq berkata Malaysia kekal dengan pendirian perdana menteri tidak akan menerima penyertaan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Menurut beliau, pihaknya menerusi Menteri Sukan Sarawak akan mengutuskan surat kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) berhubung perkara itu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...