Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Ini saat paling sukar buat Nurfahanah, beri dia ruang - Keluarga ustazah hilang

Recommended Posts

KUALA KEDAH: “Seharusnya, dalam keadaan sebegini semua pihak harus memberi ruang untuk adik saya berehat selepas melalui saat paling sukar dalam hidupnya.”

Itu permintaan abang kepada Ustazah Nurfarhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu sebelum ditemui dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar, petang Khamis.

Menurut Ahmad Fahmi Ibrahim, 45, dia serta adik beradik yang lain masih belum dapat bertemu dengan Nurfarhana sejak penemuan adiknya itu.

BACA: Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran

BACA: Ustazah hilang sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau - Keluarga


Foto Astro AWANI

Suami Nurfahana minta emosi dia tidak diganggu

Jelasnya, ianya adalah permintaan daripada adik iparnya  (suami Nurfahanah) sendiri agar emosi Nurfarhana tidak diganggu serta tidak memberi tekanan kepadanya.

“Tiba kami sampai sana suami dia sudah bawa pulang, bawa keluar. Kami cuba hendak jumpa dia lepas itu kami tunggu. Dia (Nurfarhana) macam tidak mahu diganggu lagi.

“Kami pun dengar macam tu, kami pun faham. Maksudnya dia tidak mahu diganggu tetapi buat masa ini beri dia berehat dulu bertenang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Foto Astro AWANI

Media sosial bantu pencarian

Sementara itu, Fahmi turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi membantu dalam usaha mencari adiknya yang hilang terutama di dalam media sosial serta media arus perdana.

Semalam, Ustazah Nurfarhana Ibrahim yang hilang sejak Isnin lalu ditemui selamat selepas hadir sendiri ke Balai Polis IPD Kuala Kangsar, Perak

Kehilangannya sebelum ini menimbulkan tanda tanya selepas beberapa barangan peribadi seperti beg tangan dan kunci keretanya ditinggalkan di meja di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...