Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Tanam mayat bayi tepi sawah, pasangan kekasih mengaku salah

Recommended Posts

81547795851_TANAMBAYI.jpg
AYER KEROH: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas didakwa menyembunyikan kelahiran dengan menanam mayat bayinya di tepi sawah di Bukit Rambai, Melaka minggu lalu.

Pasangan itu Nur Aryssa Khairul Nizam, 21, dan Muhammad Siddiq Amran, 20, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan mengebumikan seorang bayi yang telah mati sebelum kelahiran di kawasan sawah padi, Batu 7 1/2 Bukit Rambai, Melaka sekitar 8.30 pagi, 13 Januari lalu.

BACA: Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan tanam janin bayi tepi sawah

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, prosiding yang dikendalikan timbalan pendakwaraya N. Sivashangari mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius.

Pasangan itu yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun merayu jumlah jaminan mereka dikurangkan dengan alasan masih muda.

Nur Aryssa memaklumkan dia tidak bekerja manakala Muhammad Siddiq baru mendapat pekerjaan dan menanggung keluarga serta bapa yang menghidap barah usus tahap tiga.

Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, Mohd Firdaus menetapkan 18 Februari depan sebagai tarikh hukuman dan penyerahan dokumen sementara menunggu laporan akhlak lengkap daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ahad lalu, Astro AWANI melaporkan kecurigaan seorang warga emas yang terserempak dengan sekumpulan lelaki yang kononnya ingin mencari tanah hitam di kawasan sawah padi terjawab apabila menemui bungkusan kain berwarna putih dipercayai mengandungi janin yang ditanam berhampiran pokok.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...