Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Ekonomi : Peruntukan khas RM77 juta selesai diagihkan kepada peneroka Felda

Recommended Posts

 KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan Kerajaan Pusat kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah selesai diagihkan pada 14 Jan lepas.             Dalam kenyataan hari ini, Felda berkata peruntukan khas itu adalah bagi Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH), bayaran tunggakan bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.               "Seramai 30,799 peneroka telah menerima tuntutan BSHPH pada 31 Dis 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Jan 2019.               "Oleh itu, semua tuntutan BSHPH telah selesai diagihkan kepada peneroka dan bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah Program Tanam Semula," katanya.                 Ia tidak melibatkan 851 peneroka di Sungai Koyan yang tidak terbabit dengan Program Tanam Semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka.

              Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka Felda akan dijawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus kepada peneroka ketika lawatannya ke Sungai Koyan minggu ini.                      Menurut Lim, kelewatan berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan peruntukan sebanyak RM77 juta telah diluluskan Kerajaan Pusat pada 20 Dis lepas.                  Menurut Felda dalam kenyataan itu, aduan kelewatan pengagihan bayaran daripada peneroka tersebut adalah berhubung bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar kepada peneroka berdasarkan jualan kelapa sawit.                  “Bayaran hasil tersebut bukan sebahagian daripada BSHPH atau peruntukan khas RM77 juta yang telah diluluskan,” katanya.                  Menurut Felda, bayaran itu dibuat kepada peneroka dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, dan kemudian dipinda kepada bayaran sekali pada hujung bulan.                  Katanya bayaran hasil kepada peneroka akan dibayar menggunakan sumber kewangan Felda. 
-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...