Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai

Recommended Posts

81547526321_LimGuanEng.jpg
PUTRAJAYA: Mizuho Bank (Malaysia) Berhad, HSBS Bank Malaysia Berhad dan Daiwa Markets Limited dilantik sebagai pengatur utama bersama untuk penerbitan bon samurai oleh Malaysia.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dibuat selepas menyenarai pendek enam bank daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018.

"Kerajaan yakin bahawa ketiga-tiga institusi kewangan ini mempunyai pengalaman, pengetahuan dan yang paling penting, keyakinan serta kepercayaan, terhadap ekonomi Malaysia.

"Ini bagi memastikan kerajaan dapat menikmati kadar faedah yang paling rendah daripada pihak pelabur bon," kata Lim ketika menyampaikan surat pelantikan tersebut pada satu majlis di kementerian itu di sini hari ini.

Jelasnya, bon tersebut akan diterbitkan dalam masa beberapa bulan ini dan beliau akan mengetuai rombongan Malaysia ke Tokyo pada Februari depan bagi memperhalusi perincian terbitan bon.

BACA: Selain Bon Samurai, Jepun juga sedia bantu Malaysia melalui ODA - Tun M

TONTON: Nilai ringgit kukuh disokong penerbitan bon samurai 

Pada November 2018 Malaysia mengumumkan terbitan bon samurai di Jepun sebanyak 200 bilion yen bersamaan RM7.6 bilion dan di jamin Japan Bank of International Cooperation (JBIC).

Berbeza dengan bon yang pernah diterbitkan Malaysia sebelum ini, kadar kupon bon samurai adalah rendah pada kadar 0.65 peratus.

BACA: Belanjawan 2019: Bon Samurai bantu kurangkan hutang negara - Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, terbitan bon itu bagi membolehkan Malaysia melangsaikan hutang negara pada kadar faedah jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

Bon samurai merupakan bon yang diterbitkan syarikat atau negara asing di pasaran Jepun pada kadar faedah yang ditetap oleh Jepun.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...