Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Am : Inkues Adib bermula hari ini

Recommended Posts

SHAH ALAM, 18 Jan (Bernama) -- Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Prosiding inkues itu akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner kira-kira 9 pagi.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hanya tiga wakil media iaitu dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), The Star dan akhbar Sin Chiew Daily dibenarkan masuk dalam galeri mahkamah bagi membuat liputan sebab ruang terhad.

Wakil media tempatan dari pelbagai agensi sampai seawal 8 pagi bagi mengikuti prosiding kes yang mendapat liputan meluas itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis.

Pada 10 Jan lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah melengkapkan sepenuhnya siasatan kes kematian Muhammad Adib dan kertas siasatan itu telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...