Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

SPR tidak berfungsi di sisi perlembagaan - Annuar Musa

Recommended Posts

41530204994_AnnuarMusa.jpg
TANAH RATA: Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewujudan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana badan tersebut hanya dianggotai oleh seorang pengerusi iaitu Azhar Azizan Harun.

Annuar berkata menurut perlembagaan, SPR tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi yang terdiri daripada seorang pengerusi sahaja.

"Seperti mana di bawah Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima orang anggota lain.

"Perkataan 'hendaklah' di dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa ia adalah keperluan mandatori.

"Justeru, segala tindakan yang dibuat di bawah nama SPR pada ketika ini adalah tidak berperlembagaan dan dikira terbatal," kata Annuar dalam sidang media di Tanah Rata pada Jumaat.

Disebabkan kekosongan jawatan akibat peletakan jawatan oleh Timbalan Pengerusi dan lima orang ahli lain pada 31 Dis lalu, Annuar menyifatkan SPR dianggap tidak beroperasi atau tidak wujud di sisi perlembagaan.

"Saya difahamkan SPR akan bermesyuarat hari ini (Jumaat) untuk mengeluarkan Writ Pilihan Raya selepas kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

"Tetapi dengan ketidakwujudan SPR, maka writ pilihan raya tersebut tidak harus dan tidak dapat dikeluarkan," tambahnya.

BACA: PRK Semenyih 2 Mac ini

Beliau merujuk kepada kekosongan kerusi DUN Semenyih susulan penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 4.45 pagi pada 11 Januari akibat serangan jantung.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...