Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Perjanjian Brexit: Jeremy Corbyn gesa May capai keputusan

Recommended Posts

81545264853_JeremyCorbynBrexit.jpg
LONDON: Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn tidak teragak-agak untuk mengadakan referendum kedua sekiranya Perdana Menteri Theresa May gagal menggariskan kemungkinan perjanjian Brexit tidak akan dilaksanakan dan terus menolak alternatif lain yang dicapai oleh pihaknya.

Corbyn juga enggan mengadakan pertemuan dengan May sekiranya tiada kata putus daripada pihak perdana menteri berhubung perjanjian berkenaan.

Sebelum ini, selepas perjanjian Brexit terkandas di Parlimen Britain pada Selasa, dan May terselamat daripada usul undi tidak percaya pada Rabu, beliau berjanji untuk bertemu dengan setiap pemimpin dalam mencapai konsensus baharu mengenai perjanjian itu.

Selain itu, May juga menegaskan, kerajaan pentadbirannya tetap komited bagi menjayakan perjanjian Brexit serta menyeru agar setiap pemimpin mengenepikan kepentingan diri sendiri.

BACA: Saya kata 'stupid people', bukan 'stupid woman' - Corbyn 

BACA: Ketua Pembangkang guna perkataan kesat dalam Parlimen Britain

Dalam perkembangan sama, Menteri Luar Jerman Heiko Maas turut menggesa kerajaan Britain untuk mencari penyelesaian sewajarnya berhubung isu perjanjian Brexit kerana masa semakin singkat.

Langkah Brexit oleh Britain, iaitu tindakan keluar dari Kesatuan Eropah (EU), dijadual berkuatkuasa 29 Mac ini.

BACA: Usul Brexit Theresa May tewas di Parlimen Britain

BACA: Theresa May selamat usul undi tidak percaya

Menerusi ucapannya di Berlin, Heiko mencadangkan agar ahli Parlimen dan penggubal undang-undang yang mengundi bagi mencapai kesepakatan dalam isu berkenaan supaya mendalami kepentingan perjanjian Brexit.

Selain itu, Menteri Ekonomi Jerman Peter Altmaier menjelaskan, EU akan melihat sebarang cadangan yang dikemukakan London dan inisiatif pihak mereka untuk menyegerakan perjanjian.

BACA: Usul Brexit gagal: Kepimpinan EU cabar Britain kemuka langkah jelas

BACA: Theresa May tangguh undi Brexit

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...