Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika

Recommended Posts

71547740804_mamatkhalidcover.jpg
KELIBAT pengarah filem terkenal, Mamat Khalid berkerusi roda ketika hadir dalam satu acara hiburan menimbulkan tanda tanya sama ada dia mempunyai masalah kesihatan.

Jelasnya, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika. 

“Ia juga melibatkan buah pinggang yang berkemungkinan berpunca dari masalah kencing,” katanya kepada Astro Gempak. 

Mamat hadir memberi sokongan kepada rakannya, Aziz M Osman ketika tayangan perdana filem XX Ray III di Mutiara Damansara, Selangor malam tadi.

Buat masa ini, Mamat masih menetap di Tanjung Malim, Perak untuk menguruskan bisnes Sarang Art Hub. 

Dalam pada itu, pengarah filem Hantu Kak Limah ini memberitahu sambutan pementasan Teater Muzikal Hantu Kak Limah di MAPS Theatre, Movie Animation Park Studio, Ipoh Perak pada penghujung tahun lalu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.

“Sambutan cukup memberangsangkan sehingga persembahan pada setiap hari penuh.

“Menariknya, kebanyakan pengunjung yang datang bukan dari penduduk tempatan,” katanya.

Atas sambutan itu, Mamat mengatakan dia bersama penganjur merancang untuk mengadakan pementasan teater tersebut sekali lagi untuk tahun ini dalam masa terdekat. 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...