Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kekurangan CGI dalam XX Ray III, Aziz M. Osman fokus penceritaan

Recommended Posts

SELEPAS 24 tahun, pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman kembali dengan filem trilogi, XX Ray III yang masih menampilkan genre sains fiksyen. 

Persepsi penonton sudah tentu tertanya-tanya apakah plot kali ini mempunyai kesinambungan daripada dua filem sebelumnya.

Namun Aziz berkata, sekuel kali ini tidak memfokuskan topi ikonik yang pernah digunakan dalam sekuel pertama dan kedua sebelum ini.

"Kali ini ada buku nota yang diberikan pada anak muda untuk diperbaharui. Tidak timbul topi ikonik yang hanya muncul pada akhir cerita untuk menjawab pada terjadi pada topi itu," katanya pada sidang media selepas tayangan perdana filem XX Ray III di Mutiara Damansara, Selangor, malam tadi.

Aziz berkata, sekuel kali ini tidak memfokuskan topi ikonik yang pernah digunakan dalam sekuel pertama dan kedua sebelum ini.
Sebagai pembikin filem, Aziz mahu melihat sambutan penonton kelak meskipun mengakui teknologi imej janaan komputer (CGI) yang digunakan dalam filem ini mempunyai kekurangan.

"CGI masih kurang sebab bajet kurang. Saya cuba seadanya yang mampu dilakukan untuk filem ini.

"Perkara ini sebenarnya tidak mengganggu saya kerana rujukan pada filem lepas seperti Laksamana Do Re Mi di mana Tan Sri P. Ramlee menggunakan tikar terbang dengan teknik 'super imposed' walaupun pada ketika itu kemajuan filem Hollywood lebih kehadapan tetapi filem P. Ramlee itu tetap diterima peminat," katanya.

XX Ray III menampilkan gandingan ramai pelakon muda.
Aziz menekankan aspek jalan cerita sangat penting dalam sesebuah filem.

"Kesimpulannya, penonton kita faham dengan situasi ini. Saya faham dengan kekurangan pada XX Ray III ini dan kami cuba sedaya upaya memberi apa yang mampu kami lakukan tapi yang penting sekali bukan tentang alat tapi bagaimana penceritaan terutama pembangunan karakter, itu yang saya ketengahkan.

"Jika ada rezeki filem ini dapat sambutan, insha Allah kita lanjutkan dengan XX Ray 4 dengan tajuk lebih baik," katanya.

Filem kali ini menampilkan gandingan ramai pelakon muda seperti Izzue Islam, Nonny Nadirah, Adam John, Dazrin Kamaruddin, Ardell Aryana dan Ashraf Muslim.

Tidak ketinggalan, kemunculan pelakon senior antaranya Datuk Jalaludin Hassan, Datuk Rahim Razali, Razak Ahmad, Saiful Apek termasuk Aziz sendiri yang berlakon sebagai Profesor Amir.

Dalam XX Ray III, Aziz berlakon sebagai Profesor Amir.
Filem ini menjalani penggambaran bermula sejak tahun 2016 sebelum disambung penggambaran setahun selepas itu. Antara lokasi menarik dalam filem ini adalah Jordan dan Melaka. Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Januari ini.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...