Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran

Recommended Posts

51547656834_UstazahHilang.jpg
KUALA KANGSAR: Seorang ustazah yang dilaporkan hilang di Balik Pulau, Pulau Pinang, sejak Isnin lalu, dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral sebelum muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Perak, pada Khamis.

Sepanjang hampir empat hari itu, Nurfarhana Ibrahim, 27 tahun, juga dipercayai tidur di beberapa surau dan banyak menghabiskan masa berjalan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim berkata, guru agama itu muncul di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar kira-kira pukul 3.15 petang Khamis.

Berdasarkan soal siasat, wanita itu hanya 'sedar' ketika berada di Padang Rengas.

BACA: Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar

"Setakat ini, kita tidak boleh cakap dengan jelas apa yang berlaku pada dia. Cuma yang pasti, dia kata, bila dia sedar, dia berada di Padang Rengas.

"Dari Padang Rengas, dia naik bas menuju ke Kuala Kangsar, turun di depan hospital. Dari hospital dia berjalan kaki menuju ke IPD Kuala Kangsar," kata Razali.

BACA: Ustazah hilang sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau - Keluarga

Menurutnya, ketika ditemui, Nurfarhana kelihatan letih tetapi ceria.

"Dia agak letih sedikit tetapi dia tidak ada apa-apa kecederaan. Dia dalam keadaan selamat, dalam keadaan normal, dia agak ceria dan gembira berjumpa suaminya. Dia juga berkata tidak sabar untuk balik dan menemui anaknya.

"Tindakan lanjut, mungkin seperti pemeriksaan doktor, akan ditentukan oleh pihak polis Balik Pulau memandangkan laporan dibuat di sana," ujar Razali.

BACA: Ustazah sekolah dikhuatiri hilang

Tambahnya, ustazah itu juga tidak membawa apa-apa dokumen ketika keluar dari sekolah.

Berdasarkan soal siasat, dia hanya berbekalkan wang yang berada di dalam poketnya, di samping senaskhah al-Quran di dalam beg yang dibawa.

Nurfarhana diserahkan kepada ahli keluarga sebaik sahaja suaminya tiba untuk membuat pengesahan kira-kira pukul 5.30 petang.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...