Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

15 tahun Malaysia kurang beri perhatian kepada Afrika - Dr Mahathir

Recommended Posts

41547762177_TUNM.jpg
DAKAR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, selama hampir 15 tahun, Malaysia kurang memberi perhatian terhadap negara-negara Afrika.

Sedangkan, jelas beliau, benua tersebut mempunyai pelbagai sumber yang boleh diteroka oleh pelabur-pelabur dari Malaysia dalam meningkatkan pasaran serta peluang perdagangan.

“Mereka sudah maju ke hadapan. Dan, ramai dari Eropah, dan sekarang ini daripada China dan Turki, menunjuk minat untuk mengadakan hubungan dagang dan pelaburan di Afrika.

“Ini menunjukkan bahawa benua ini juga mempunyai potensi yang banyak," katanya kepada media pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika ke-3 (ICEA 2019) di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio di sini pada Khamis. 

"Namun, kita mestilah berusaha untuk kenal pasti keperluan-keperluan Afrika dan juga mengenal pasti barangan dari Afrika yang boleh kita import dan barangan Malaysia yang boleh kita jual di sini,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau sedia untuk meneruskan beberapa persidangan antarabangsa melibatkan negara-negara Afrika seperti Dialog Antarabangsa Langkawi dan South-South Cooperation.

“Kalau mereka (pemimpin negara-negara Afrika) mempunyai minat dan keinginan, kita boleh hidupkan semula segala badan-badan yang kita tubuh dahulu seperti South-South Cooperation, Dialog Antarabangsa Langkawi dan sebagainya.

“Ini kerana, ia boleh mendatangkan kebaikan kepada kita,” jelasnya.

Namun, tegas beliau, kerajaan Malaysia ketika ini sedang memfokuskan kepada usaha memperbaiki keadaan dalam negara dan tidak mempunyai banyak masa untuk membangunkan semula semua badan-badan tersebut.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...