Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Ekonomi : MIDA anjur seminar perabot, industri berasaskan kayu pada 23 Jan

Recommended Posts

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurkan seminar mengenai perabot dan industri berasaskan kayu di Kota Kinabalu pada 23 Jan untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan akan datang bagi industri itu.

Seminar sehari bertema "Era Baharu Pembuatan Perabot dan Industri Berasaskan Kayu " akan memberi tumpuan pada automasi dan pembuatan pintar untuk menggalakkan pengusaha industri memanfaatkan industri 4.0.

"Seminar ini selaras dengan langkah kerajaan negeri untuk melindungi industri tempatan dan mendorong lebih banyak aktiviti hiliran yang akhirnya akan meningkatkan kemajuan ekonomi dan taraf hidup masyarakat, " kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk menjadikan Sandakan sebagai pusat perabot atas faktor kedekatannya dengan beberapa unit pengurusan hutan di Sabah, yang sesuai bagi aktiviti hiliran kayu balak tambah nilai.

MIDA berkata peserta akan diberikan maklumat terkini tentang dasar dan strategi kerajaan, industri dan taman perindustrian yang dipromosikan di Sabah, dan maklumat tentang pembangunan mekanisme organisasi oleh pihak berkuasa dalam menggalakkan dan menyelaraskan pembangunan pelaburan dalam industri perabot.

Seminar itu akan diadakan di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...