Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Bakat digital jadi keutamaan majikan pada 2019 - Jobstreet

Recommended Posts

71517895152_DigitalEconomy.jpg
PETALING JAYA: Lanskap pekerjaan bagi 2019 dijangka berubah dengan 96 peratus majikan memberi tumpuan kepada pengambilan bakat berkemahiran tinggi khususnya dalam segmen digital serta teknologi maklumat.

Menurut Pengurus Jobstreet.com Malaysia Gan Bock Herm, perubahan ini selaras dengan keperluan memenuhi kehendak ekonomi digital dan revolusi industri 4.0.

"Jumlah pekerja mahir juga akan menjadi terhad, dan oleh itu sangat penting untuk majikan beri tumpuan kepada proses transformasi digital.

"Majikan juga perlu peluang kepada pekerja sedia ada meningkatkan kemahiran menerusi penyediaan latihan yang mampu menepati kehendak pasaran," kata Gan kepada pemberita pada acara Rangkaian Sumber Manusia 2019, di sini pada Khamis.

Gan turut berkongsi hasil Kajian Prospek Kerja yang menunjukkan lima ciri utama dinilai majikan adalah kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, keupayaan bekerja secara berdikari, bersedia untuk belajar dan kemampuan bekerja di bawah tekanan.

Beliau berkata kaji selidik itu juga menonjolkan bahawa kira-kira 60 peratus majikan melaporkan mereka telah melaksanakan beberapa inisiatif atau projek transformasi digital, dengan baki majikan dalam kaji selidik itu kini di pelbagai peringkat perancangan dan sudah memulakan projek mereka.

Katanya organisasi perlu meningkatkan keupayaan inovasi dan teknologi mereka untuk faedah pertumbuhan dan mereka memerlukan bakat berkemahiran untuk menyokong perkembangan peniagaan mereka.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...