Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

ICEA 2019: Dr Mahathir kongsi 2 teras kejayaan Malaysia

Recommended Posts

41547724656_TUNM.jpg
DAKAR: Urus tadbir kerajaan yang baik serta kestabilan menjadi teras kepada sesebuah negara untuk mencapai status negara membangun, kata perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi video pembukaan pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ke-3 (ICEA 2019), Perdana Menteri berkongsi pengalaman beliau dalam mencorak pembangunan fizikal serta ekonomi Malaysia.

“Saya percaya, saya mempunyai pengalaman dalam membangunkan sebuah negara daripada berstatus negara membangun kepada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi.

“Saya percaya, semua negara mampu untuk melakukan ini menerusi sistem kerajaan yang baik. Apa yang penting dalam menambahbaik ekonomi sesebuah negara adalah menerusi kestabilan dan urus tadbir yang baik.

“Jika ia dapat dilaksanakan, maka perkara yang lain akan berjalan lancar,” katanya menerusi video berdurasi 40 saat itu.

Video tersebut ditayang di hadapan Ketua-ketua Negara Afrika, delegasi serta lebih 1,000 peserta yang hadir pada pembukaan persidangan yang disempurnakan Presiden Senegal, Macky Sall di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio di sini pada Khamis.

Pada persidangan ini, Dr Mahathir berkongsi pentas bersama beberapa pemimpin negara Afrika bagi Diskusi Panel Peringkat Tertinggi serta tiga sesi dialog.

Antara pemimpin negara Afrika yang bakal sepentas dengan Dr Mahathir adalah Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita; Presiden Senegal, Macky Sall dan Perdana Menteri Ivory Coast, Amadou Gon Coulibaly.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...