Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Pulau Pinang bebas asap rokok dalam tempoh 5 tahun

Recommended Posts

51547722626_Rokok.jpg
GEORGE TOWN: Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar)  akan  diwartakan di seluruh negeri itu sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha menjadikan negeri itu bebas asap rokok sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan ianya berjaya dilaksanakan.

Menurut Afif, Penbar yang ditubuhkan sejak tahun 2012 sebelum ini hanya menumpukan kawasan rekreasi, bangunan dan kawasan awam serta Tapak Warisan Dunia George Town.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi memastikan perancangan ini berjaya dilaksanakan dan kami akan menggiatkan lagi pelaksanaan program kesedaran awam tentang larangan merokok di kawasan awam dan taman rekreasi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Menurut Afif, perlaksanaan Penbar adalah bertujuan melindungi komuniti Pulau Pinang daripada asap rokok  dengan melaksanakan  dasar bebas asap rokok yang berkesan.

Ia merupakan perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Afif berkata, ketika ini, enam taman awam dan rekreasi di sekitar negeri itu, telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Ia termasuklah Empangan Air Itam, Taman Perbandaran, Taman Botani, Empangan Teluk Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.

Kawasan larangan merokok diperluaskan dengan  mewartakan Tapak Warisan Dunia George Town sebagai kawasan larangan merokok bermula 4 Julai 2015.

Walau bagaimanapun Afif berkata,  cadangan  untuk mewartakan Penbar di seluruh negeri  perlu kajian   mendalam  dengan  mengambil kira kesan serta implikasi  sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Larangan merokok di seluruh Pulau Pinang ini perlu mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu yang antaranya mengambil kira kawasan khas untuk merokok dan kita akan adakan perbincangan untuk menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, pertimbangan berhubung penyediaan kawasan khas untuk merokok ini dibuat selepas terdapat beberapa premis tumpuan awam yang sudah melaksanakannya di negeri ini.

"Kini, ia (larangan merokok) sudah dilaksanakan contohnya di masjid-masjid dan rumah-rumah ibadat lain. Kami bukan hendak sekat terus sesiapa untuk merokok, sebaliknya mereka boleh menghisap rokok di kawasan dibenarkan sahaja," katanya lagi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...