Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Goldman Sachs patut bertanggungjawab - Najib

Recommended Posts

81547708274_NajibRazak.jpg
CAMERON HIGHLANDS: Firma pelaburan antarabangsa Goldman Sachs sepatutnya dipertanggungjawabkan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang kini menghadapi sekurang-kurangnya 30 pertuduhan membabitkan skandal syarikat 1MDB, berkata peranan Goldman Sachs sememangnya dilantik kerajaan untuk menjaga kepentingan kekayaaan negara.

“Kita (kerajaan) menubuhkan satu sistem untuk menjaga kepentingan kekayaan negara.

“Jadi, jika mereka (Goldman Sachs) gagal, maka mereka perlu mengambil tanggungjawab kerana mereka dilantik dan dibayar kerajaan untuk menjaga kepentingan kita,” kata Najib ketika berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

BACA: Goldman Sachs mohon maaf pada rakyat Malaysia

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaan pembabitan syarikat berkenaan dalam skandal syarikat 1MDB.

Ini susulan peranan bekas rakan kongsi Asia Tenggara firma itu, Tim Leissner yang dikaitkan dengan skandal itu.

Bagaimanapun, Solomon mempertahankan firma itu turut jadi mangsa dalam skandal 1MDB.

Kerajaan Malaysia berkata, pada Disember lalu, ia menuntut ganti rugi sebanyak AS$7.5 bilion (RM30.81 bilion) daripada Goldman berhubung urusannya dengan 1MDB.

Inilah kali pertama tindakan jenayah diambil terhadap bank Amerika Syarikat itu dalam skandal berkenaan.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada awal November mendakwa bekas jurubank Goldman Sach, Tim Leissner dan seorang lagi bersama ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low, atas pelbagai tuduhan jenayah berkaitan skandal 1MDB.

Leissner meninggalkan firma itu pada 2016.

Sementara itu, peguam Syahredzan Johan berpendapat Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk membuat ulasan, seperti menyalahkan Goldman Sachs dalam isu 1MDB.

Namun Syahredzan menegaskan, dari segi moraliti, ada baiknya bekas perdana menteri itu tidak mengeluarkan kenyataan memandangkan beliau antara individu yang dikait rapat dengan skandal

"Kalau kita tengok apa yang Datuk Seri Najib cakap, dia cakap Goldman Sachs patut bertanggungjawab. Itu ulasan fair, yang tidak melampau tidak merendahkan reputasi, kerana Goldman Sachs ada tanggungjawab apabila dilantik dalam mengendaliikan 1MDB.

"Tetapi dari segi moraliti atau politik, lebih baik dia tak cakap. Kerana ia dilihat orang ramai sebagai satu cubaan untuk mencuci tangan ataupun menjauhkan diri daripada skandal ini, seolah-olah cuba mengatakan yang patut dipersalahkan ialah Goldman Sachs, bukan dirinya sendiri," kata peguam itu lagi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...