Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kementerian Pertahanan, KDN akan kerjasama bantu veteran ATM 'menganggur'

Recommended Posts

51547720066_LiewChin.jpg
KOTA KINABALU: Kementerian Pertahanan akan menjalinkan usahasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memberikan peluang kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih 'menggangur' di negara ini supaya terlibat dengan industri kawalan keselamatan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata, daripada terus berharap dengan perkhidmatan pengawal-pengawal keselamatan warga asing, adalah lebih baik memanfaatkan kepakaran veteran ATM di dalam industri berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu sudah dipanjangkan kepada KDN supaya sektor industri kawalan keselamatan negara dapat distruktur semula dengan melibatkan veteran-veteran ATM, terutamanya mereka yang bersara lebih awal.

"Kementerian tidak boleh urus sendiri, kita  perlu ada kolaborasi di antara Kementerian Pertahanan dengan KDN.

"KDN memang memainkan peranan sangat penting, kami sudah memanjangkan permintaan ini dan berusaha supaya memikir balik bagaimana kita struktur sektor pengawal keselamaatan supaya veteran boleh dapat pekerjaan yang lebih baik

"Kalau negara kita hanya mengupah pengawal keselamatan warga asing, tidak ada kepakaran... itu adalah salah dan kita tidak boleh bergantung kepada pengawal keselamatan warga asing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan majlis ramah mesra  dengan veteran ATM Sabah, di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, hari ini.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, pihak kementerian akan berbuat sehabis mungkin untuk membela nasib veteran ATM di seluruh negara termasuklah melibatkan hal kebajikan, mengerjakan haji dan isu pekerjaan selepas bersara.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan menetapkan satu golongan sasaran terutamanya mereka yang baru sahaja bersara daripada perkhidmatan untuk diberikan pekerjaan sesuai secara berperingkat nanti mengikut perancangan kementerian.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...