Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Hubungan 'pasang-surut' Malaysia-Singapura, hakikatnya saling memerlukan - Penganalisis

Recommended Posts

41547690696_DrAhmadMartadhaMo.jpg
KUALA LUMPUR: Hubungan pasang surut Malaysia dan Singapura bukan perkara baharu, namun kedua-dua negara akur saling memerlukan di antara satu sama lain.

Penganalisis politik antarabangsa, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kebergantungan tinggi kedua-dua negara itu juga termasuk aspek menjaga kepentingan antara satu sama lain.

"Jadi sebab itu kita lihat walaupun Malaysia dan Singapura sering berdepan pelbagai isu, namun kedua-dua negara itu masing-masing mengetahui mereka tidak boleh berada terutama dari segi menjalin hubungan diplomatik di antara satu sama lain dengan mengenepikan negara berjiran.

"Dalam konteks ini, walau apa cara sekalipun, Singapura cuba  untuk melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan kerajaan, dalam masa sama apabila Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hati dan bertindak membuat tindak balas. Maka kerajaan Singapura akur mereka terpaksa tunduk dan perlu mencari jalan penyelesaian terutama bagi memastikan hubungan dua hala itu berjalan lancar

"Sebab itulah, walau apa sekali keadaan, kita dapati walaupun kerajaan bertukar, namun hubungan sama, ada ketika baik, ada ketika tidak baik. Namun yang pasti kedua-dua pihak saling cuba berusaha untuk menjaga kepentingan satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

BACA: Singapura mengalu-alukan inisiatif Azmin adakan lawatan

BACA: Osman tegaskan beliau tidak ceroboh perairan Singapura

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Singapura dan Malaysia bukan sahaja berjiran tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang kuat sejak beberapa dekad lalu.

Singapura dan Malaysia kini dalam proses menyelesaikan perselisihan maritim di Tuas dan isu ruang udara Pasir Gudang.

Mohamed Azmin dilaporkan menemui Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan disusuli Menteri Pembangunan Negara Singapura, Lawrence Wong dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

Dalam pada itu kata Dr Ahmad Martadha, Singapura perlu lebih peka dalam isu kejiranan apabila menganggap mereka lebih baik kerana kedudukan ekonomi atau hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS).

Jelasnya, kedua-dua kerajaan juga perlu akur dengan semangat saling memerlukan selain melihat sebarang tindakan akan memberi kesan terutama hubungan diplomatik Malaysia dan Singapura sendiri.

Kementerian Luar Negeri Singapura (MFA) sebelum ini mengalu-alukan inisiatif Mohamed Azmin untuk melakukan lawatan ke negara itu walaupun mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), yang pada asalnya dijadualkan pada Isnin ditangguhkan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...