Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Am : Dr Mahathir lakukan lawatan kerja empat hari ke UK

Recommended Posts

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) bermula hari ini (17 Jan) hingga 20 Jan ini.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, lawatan ke UK itu adalah lawatan kali kedua Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei tahun lepas.

Dalam lawatan kali ini, Dr Mahathir dijadualkan berucap di Oxford's Frewin Court esok (18 Jan) dan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland pada hari yang sama.

"Antara isu yang akan dibincang mereka kelak adalah perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara-negara Komanwel, tadbir urus yang baik serta langkah mencegah dan menangani keganasan," katanya.

Kementerian Luar berkata lawatan Perdana Menteri itu juga bertujuan meneruskan hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan UK.

Lawatan itu juga dijangka mempereratkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara, tambahnya.

Dr Mahathir akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya selain para pegawai kanan Kementerian Luar.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...