Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Ustazah hilang sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau - Keluarga

Recommended Posts

61547702436_UstazahHilang.jpg
BALIK PULAU: Ahli keluarga ustazah yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas berharap Nurfarhana Ibrahim berada dalam keadaan selamat dan segera ditemukan.

Kakak ipar Nurfarhana, Madihah Zawawi ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan mereka sekeluarga bimbang dengan keadaan adik iparnya itu.

Madihah berkata, setakat ini keluarganya dan pihak berkuasa masih meneruskan pencarian adik iparnya itu dan berharap Nurfarhana dapat ditemui dalam masa terdekat.

BACA: Ustazah sekolah dikhuatiri hilang

Ujarnya, ketika ini pihak sekolah, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) turut berusaha mencari Nurfarhana.

Difahamkan suami wanita itu memaklumkan isterimya pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.

"Buat masa ini, fokus kami adalah untuk mencari Nurfarhana, dan kami mohon agar semua pihak sama- sama berdoa dan melakukan solat hajat memohon agar adik kami ditemui dalam keadaan selamat,"  katanya.

Dalam pada itu, Madihah memohon supaya keluarganya diberi ruang privasi untuk mereka bertenang susulan kehilangan adik iparnya itu.

Menurut Madihah, adik iparnya itu sudah lama mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dan sering berulang alik dari rumahnya di Alor Setar ke Balik Pulau.

Media sebelum ini melaporkan Nurfarhana dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.

Pemeriksaan mendapati semua barangan peribadi Nurfarhana seperti beg duit dan kunci kereta masih berada di atas mejanya di bilik guru sekolah berkenaan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...