Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Buaya peliharaan baham wanita, tangan dan perut hilang

Recommended Posts

61447079148_crocodilealigator.jpg
SULAWESI: Seorang saintis wanita dilapor maut selepas dibaham oleh seekor buaya peliharaan di kediamannya di Sulawesi Indonesia.

Deasy Tuwo, ketua sebuah makmal menternak mutiara, di Minahasa, Utara Sulawesi, dipercayai diterkam oleh buaya sepanjang 14 kaki itu (4.4 meter) pada Khamis lalu , kata pihak berkuasa.

Menurut jurucakap sebuah agensi pemuliharaan, Hendrik Rundengan, tubuh wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan parah oleh rakan setugasnya pada pagi keesokan harinya.

“Kelihatannya seperti mangsa terjatuh ke dalam kolam buaya,” katanya yang memaklumkan punca sebenar kejadian sedang disiasat oleh pihak polis.

BACA: Sanggup dibaham buaya kerana sudah mengucap

BACA: 'Bertenang, saya tak bela buaya tulah...' - Azy Nadia

BACA: Wanita maut dibaham buaya ketika ingin buang air besar

Buaya bernama Merry itu, dikatakan telah membaham sebelah tangan wanita itu dengan bahagian perutnya turut hilang, kata Rundengan lagi.

Ia dipercayai masih berada dalam tubuh buaya itu.

Buaya besar itu kemudiannya ditenangkan dengan ubat pelali dan dibawa keluar dari kawasan peliharaannya.

Indonesia sememangya tidak asing dengan kehadiran buaya yang sering menyerang dan membunuh penduduk.

Pada 2016, seorang pelancong Rusia maut dibaham buaya di pulau Raja Ampat, sebuah kawasan yang terkenal untuk penyelaman skuba.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...