Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Pas tidak letak calon di PRK Semenyih, akan sokong calon BN

Recommended Posts

51493345241_BenderaPas.jpg
KUALA LUMPUR: Pas membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan. 

Menurut Takiyuddin, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang semalam memutuskan parti itu akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional yang memperoleh sokongan undi yang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelas beliau, Pas mengharapkan PRK yang akan diadakan itu menghasilkan keputusan yang akan menguatkan pembangkang, terutama dalam DUN Selangor agar proses semak dan imbang yang dimainkan oleh pembangkang yang konstruktif, akan memberikan kebaikan kepada rakyat Selangor khususnya.

"Selaras dengan itu, Pas akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak pembangkang dalam menghadapi PRK kali ini. 

"Pas juga akan menyeru dan mengarahkan anggotanya di kawasan itu supaya turun mengundi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang nanti," katanya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas esok (Jumaat) bagi membincangkan mengenai PRK itu yang akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 4.45 pagi Jumaat lepas (11 Jan) akibat serangan jantung.

Pada PRU14 9 Mei tahun lepas, Allahyarham Bakhtiar yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi.

-- BERNAMA

 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...