Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

YouTube larang 'challenge', 'prank' berbahaya

Recommended Posts

71511503873_tbYoutube.jpg
KUALA LUMPUR: Laman perkongsian video popular YouTube telah meningkatkan peraturan keselamatan susulan dua cabaran yang muncul baru-baru ini dinamakan Bird Box dan Tide Pod.

YouTube memperbaharui garis panduan pengguna di mana semua kandungan video yang memaparkan perbuatan berbahaya dan boleh membawa maut akan dilarang bagi menjamin keselamatan pengguna. 

"YouTube adalah tempat di mana pelbagai cabaran dan pranks (usikan) kesukaan ramai diadakan, tetapi kami perlu pastikan aktiviti yang kelakar itu tidak keterlaluan hingga boleh menyebabkan kecederaan atau mendatangkan bahaya.

“Kami sebelum ini sudah mempunyai dasar melarang kandungan yang berbahaya dan yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius.

"Kami tidak benarkan pranks yang membuatkan mangsa percaya mereka benar-benar berada dalam bahaya secara fizikal,”  menurut YouTube dalam satu kenyataan rasmi, menerangkan dasar baru itu.

YouTube juga turut melarang kandungan yang boleh membawa 'tekanan emosional yang parah' kepada penonton mereka.

Berdasarkan rekod lalu, pencipta YouTube gemar terlibat dalam cabaran yang berbahaya termasuk dengan memandu sambil mata ditutup, makan bahan beracun dan memberi dadah kepada rakan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...