Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Am : Mahathir, Macky Sall adakan pertemuan di Dakar

Recommended Posts

Daripada Abdul Muin Majid

DAKAR, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden Senegal Macky Sall sejurus selepas ketibaan beliau ke negara itu untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Presiden di ibu negara Senegal pada Rabu.

Turut hadir dalam pertemuan itu bagi pihak Malaysia ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Senegal Dr Shazelina Zainul Abidin.

Sall sebelum itu menyambut ketibaan Dr Mahathir, yang dalam rangka lawatan dua hari ke Senegal, di Lapangan Terbang Leopold Sedar Senghor.

Pemimpin Malaysia itu berada di sini untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Kemunculan Afrika kali ketiga (ICEA-III) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf di sini, dari 17 hingga 19 Jan.

Dr Mahathir diiringi oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Perdana menteri merupakan satu-satunya ketua kerajaan luar Afrika yang mengambil bahagian dalam ICEA-III yang memberi tumpuan kepada mempromosi serta mengukuhkan peranan sektor swasta dalam pelan kemunculan Afrika.

Bertemakan ‘Kemunculan, Sektor Swasta dan Keterangkuman’, persidangan itu menyediakan peluang kepada Dr Mahathir untuk menunjukkan kejayaan perkongsian awam-swasta di Malaysia.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...