Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Larangan bawa keluar anjing dari Taiping, Bukit Gantang

Recommended Posts

71498957528_anjingliarrabies.jpg
IPOH: Semua pemilik anjing di Taiping dan Bukit Gantang dilarang daripada membawa keluar anjing mereka dari Daerah Larut, Matang dan Selama tanpa kebenaran Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, ia susulan keputusan kerajaan negeri mewartakan daerah berkenaan sebagai kawasan jangkitan penyakit Anjing Gila atau Rabies berkuat kuasa Isnin lalu.

Beliau menegaskan, mana-mana anjing yang dijumpai berada dalam kawasan jangkitan tanpa mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan akan berdepan risiko dimusnahkan.

“Seperti yang termaktub dalam Perintah Pemvaksinan Pencegahan Penyakit Anjing Gila, semua anjing berumur tiga bulan dan ke atas yang berada dalam kawasan Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Veterinar untuk disuntik dengan vaksin penyakit anjing gila.

“Ini akan membantu untuk mengawal penyakit rabies daripada terus merebak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Beliau mengingatkan, di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan - 2006) dan (Pindaan) 2013, mana-mana pemilik anjing yang didapati tidak mematuhi langkah-langkah kawalan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga bulan.

Menurutnya, pihak jabatan amat mengharapkan kerjasama orang ramai di Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang untuk memastikan anjing peliharaan mereka mendapat suntikan vaksin rabies kerana penyakit ini boleh merebak daripada haiwan kepada manusia melalui air liur akibat gigitan atau terkena pada luka yang terbuka.

“Oleh itu semua pemilik diminta mengurung anjing dan kucing peliharaan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya gigitan daripada anjing berkeliaran yang dikhuatiri telah dijangkiti rabies. Buat masa ini, elakkan daripada mendekati anjing berkeliaran,” ujarnya.

Beliau memberitahu, setakat ini empat kes positif rabies telah dikesan di kawasan Taiping.

Satu kes dikesan melalui ujian terhadap seekor anjing yang menggigit manusia manakala tiga lagi kes dikesan melalui ujian terhadap anjing yang berkeliaran di kawasan sekitar kes gigitan tersebut berlaku.

Sehubungan itu, Ahmad Shafri meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Veterinar jika terdapat anjing berkeliaran di sekitar kediaman masing-masing ataupun mana-mana kawasan.

Untuk sebarang aduan dan pertanyaan, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama di talian 05-8072703.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...