Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

PH mampu bangunkan Cameron Highlands - Guan Eng

Recommended Posts

81547657438_PRKCAMERON.jpg
JELAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu membawa perubahan yang diinginkan penduduk Cameron Highlands, berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu melakukannya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Menteri Kewangan itu, dalam konteks Malaysia Baharu, tampuk pemerintahan kini sudah berubah, namun Cameron Highlands masih ketinggalan daripada segi kemajuan di bawah pemerintahan kerajaan negeri, iaitu kerajaan BN.

"Sungguhpun kerajaan, satu Malaysia, dah ubah, tetapi (kawasan Parlimen) Cameron Highlands belum lagi ubah. Kenapa perlu ubah sekarang? Supaya kali ini kita dapat lihat pembangunan yang ketara.

"Di bawah kerajaan dulu, tidak lihat apa yang diharapkan. Sekarang inilah peluang untuk dapatkan sesuatu yang diharapkan, di mana kerajaan persekutuan dan negeri sama-sama bangunkan Cameron Highlands," katanya ketika ditemui media di Sungai Koyan 1 pada Rabu.

Ujarnya, jika PH gagal membawa perubahan yang dijanjikan, pengundi Cameron Highlands berhak menukar semula undi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

"Sekiranya tidak jalan (tiada perubahan), pada PRU15 mereka boleh ubah lagi.

"Tetapi sekiranya PH menang, sekurang-kurangnya ada suntikan nafas baharu. Itulah yang kita harapkan, supaya rakyat boleh beri peluang kepada Kerajaan Persekutuan PH," tambahnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...